PENGAJIAN AM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
PENGAJIAN AM

Interaction between form 6 students and teachers in Malaysia..from munnimbsskl
 
HomeHome  PortalPortal  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log in  

 

 ponteng sekolah

Go down 
AuthorMessage
SOO HOO




Posts : 2
Join date : 10/02/2010

ponteng sekolah Empty
PostSubject: ponteng sekolah   ponteng sekolah EmptyWed Mar 24, 2010 10:38 pm

Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Sejak akhir-akhir ini masalah ini telah sampai ke peringkat yang agak serius. Pihak media juga sering menyiarkan berita tentang masalah ini sehingga pada masa ini pihak guru serta ibu bapa berasa sesuatu tindakan yang tegas perlu dilakukan segera sebelum gejala negatif ini sampai ke peringkat yang lebih kronik lagi. Menurut laporan yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, peratus pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng didapati semakin meningkat dari masa ke semasa terutama bagi sekolah-sekolah di kawasan bandar. Dengan mengatasi masalah tersebut, ibu bapa, pihak sekolah dan pelajar memainkan peranan yang penting dan masalah ini harus dikenal pasti oleh mereka dengan segera supaya langkah-langkah untuk mengatasinya dapat dijalankan demi masa depan generasi pelajar kita pada masa akan datang.
Antara punca pelajar ponteng sekolah yang telah dikenal pasti ialah kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran kita yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, ekonomi dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.

Dalam punca lain, pelajar ponteng sekolah adalah kerana mereka telah hilang pemerhatian, kasih sayang daripada ibu bapanya dan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu bapa. Dengan menbuktikan keadaan tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di luar dari awal pagi sampai tengah malam, masa mereka bersama dengan anak semakin berkurang sehingga anak-anak tidak dapat menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa. Lama-lama kemudian, anak tersebut akan cuba menggunakan cara lain iaitu cara negatif seperti ponteng sekolah kerana mereka berjaya mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Malangnya anak-anak ini akan berkawan dengan orang luar semasa mereka memonteng sekolah dan kesannya “kawan baru” ini akan mengajak mereka pergi ke tempat lain untuk berhibur sehingga anak-anak ini tidak lagi mementingkan pelajarannya.

Selain itu, kemungkinan pelajar ponteng sekolah adalah kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di suatu tempat terutamanya pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan. Pelajar seperti ini juga tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan pelajaran bagi menjamin masa depan mereka. Oleh itu, mereka lebih mengutamakan unsur-unsur hiburan yang tidak terdapat di sekolah.

Terdapat juga para pelajar ponteng sekolah kerana takut dimarahi ataupun didenda oleh guru contohnya semasa mereka tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru, mereka akan pilih cara ponteng sekolah supaya mereka tidak dapat didenda oleh cikgu. Selain daripada itu,pelajar yang datang lewat juga akan mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil.

Kesan yang dihadapi jika pelajar ponteng sekolah terutamanya adalah masa dan tenaga mereka akan dirugikan kerana masa yang dibazirkan tidak akan dipulang ataupun dikembalikan. Jika mereka dapat menggunakan masa mereka dengan baik iaitu tidak ponteng sekolah dan mementingkan pelajarannya, mereka akan berjaya dalam masa yang akan datang dan kerjayaannya dapat memberi kehidupan yang baik dan selesa kepada generasi seterusnya.

Kesan kedua yang dihadapi adalah masyarakat akan memandang rendah ataupun hina kepada mereka dan mereka akan memalukan maruah keluarga. Sebagai contoh, apabila seseorang ternampak sekumpulan pelajar tengah ponteng sekolah, satu-satunya pendapat terhadap pelajar tersebut adalah mereka adalah “” masyarakat kerana mereka tidak dapat memberi perkhidmatan kepada masyarat pada masa depan dan memarahi ibu bapa mereka kerana mereka tidak dapat mendidik anak-anaknya dengan baik dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai penjaga.

Kesan lain yang akan dihadapi adalah pelajar tersebut akan ditertawakan oleh rakan-rakan lain dan masa depan pelajar ini akan hancur kerana mereka tidak lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan.

Dengan mengatasi masalah tersebut, ibu bapa haruslah sentiasa memgambil dan menberi perhatian kepada anak-anaknya supaya mereka dapat berkomunikasi bersama dan mengetahui keadaan anak mereka. Ini dapatlah ibu bapa menolong anak mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi sama ada dalam pelajarannya ataupun masalah lain. Cara ini bukan sahaja dapat berjaya meluangkan masa kepada pelajar untuk berbincang bersama keluarga manakala ibu bapa juga dapat mendidik anak dengan memberi kasih sayang yang sepenuhnya. Jadi wujudnya semula fungsi “Rumahku Fungsiku” bukan lagi sebuah mimpi.

Dalam masa yang sama, pihak sekolah pula memainkan peranan yang penting dalam kes tersebut. Guru haruslah mengubahkan cara mendidiknya ataupun menambahkan sedikit hiburan supaya pelajar tidak dapat berasa bosan dan mereka dapat menikmati keseronokan dalam pelajaran. Dengan menolong pelajar yang selalunya lewat ke sekolah, pihak sekolah haruslah memberi kaunseling kepada pelajar, bukannya merotan mereka sebagai denda kerana tindakan tersebut mungkin akan memberi kesan yang negatif padanya. Sebaliknya, jika pelajar dapat dikaunselingkan, pihak sekolah dapat tahu sebabnya dan dapat memberi nasihat yang sewajarnya.

Walau bagaimanapun, masalah ini dapat dihadapi dengan berkesan jika pelajar itu sendiri faham tentang kesannya ponteng sekolah dan kepentingnya dalam pelajaran. Jika pelajar itu sendiri dapat memahami bahawa pelajarannya dapat membawa kajayaan dalam masa depan, kejayaannya akan memberi kemajuan kepada negara dan masyarakat akan berasa bangga kepadanya atas sumbangan yang beliau memberikan, beliau tidak akan poteng sekolah dan sebaliknya beliau akan belajar bersungguh-sungguh.

Kesimpulannya, jika watak-watak yang dinyatakan dapat bekerjasama dan bersama-sama menghadapi masalah ponteng sekolah ini, saya percaya bahawa kes ponteng sekolah dapat dihadapi dengan efektif dan peratusan berlakunya kes ini akan semakin berkurang. Dalam masa yang sama, orang yang berjaya dalam masyarakat akan turut bertambah, negara kita dapat dimajukan dan kita dapat mencapai Wawasan 2020 dengan lancar.
Back to top Go down
 
ponteng sekolah
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» kesan ponteng sekolah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PENGAJIAN AM :: Karangan :: Karangan Bahagian A :: Jenayah Sosial :: Ponteng Sekolah-
Jump to: