PENGAJIAN AM

Interaction between form 6 students and teachers in Malaysia..from munnimbsskl
 
HomeHome  PortalPortal  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  
Share | 
 

 Kebaikan Teknologi Pertanian

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
munchong



Posts: 4
Join date: 14/06/2010

PostSubject: Kebaikan Teknologi Pertanian   Mon Jun 14, 2010 3:53 am

1)Teknologi pertanian memiliki pelbagai kebaikan antaranya:
a)dengan teknologi ini kami dapat mengurangkan pencemaran terhadap bumi kita. Misalnya penanaman hidroponik, melalui air nutrient yang disalurkan kepada tumbuhan yang ditanam diatasnya, kita boleh mengurangkan penggunaan tanah kita yang berharga. Hal ini demikian kerana jika penggunaan tanah yang terlalu kerap akan menyebabkan tanah tandus dan dengan demikian tanah tersebuty tidak boleh digunakan semula lagi.
b) Teknologi pertanian ini juga dapat membantu para petani untuk meningkatkan pengeluaran mereka dalam jangka masa yang pendek. Pada suatu ketika dahulu, sebelum sebarang teknologi pertanian diperkenalkan, masa yang lama diperlukan bagi mendapatkan tanaman. Namun demikian, kini pelbagai jenis tanaman dapat dinikmati oleh kita tanpa mengira musim ataupun masa.
c)Teknologi pertanian ini juga memberikan kebaikan,pelbagai jenis tanaman yang tidak dapat ditanam oleh negara kita pada masa dahulu kini dapat ditanam dinegara kita. kesemua ini disebabkan oleh teknologi pertanian dalam mengubahsuai genetik tumbuhan tersebut. Sebagai contoh buh strawberi dan buah rock melon merupakan antara contoh terbaik pengubahsuaian genetik yang menyebabkan ianya dapat ditanam di negara kita. Pengubahsuaian geetik ini bukan sahaja dapat membantu dalam mempelbagaikan jenis tanaman yang boleh ditanam tetapi juga dapat meningkatkan mutu tanaman itu sendiri. Sebagai kita semua tahu, negara kita merupakan antara negara pengeluar minyak sawit yang terkenal. Negara kita mampu mengubahsuai genetik dua jenis spesies kelapa sawit untuk mendapatkan pengeluaran yang terbaik. Dua jenis spesies itu adalah, Dura sp. dan Pisifera sp kepada Tenera sp.. Dengan adanya spesies kelapa sawit ini menyebabkan pengeluaran negara kita meningkat. Oleh itulah kebaikan dengan adanya teknologi dalam pertanian.
Back to top Go down
View user profile
 

Kebaikan Teknologi Pertanian

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

 Similar topics

-
» Apa kebaikan / keburukan facebook?
» The Sabah Agricultural Park / Taman Pertanian Sabah & the Bael Fruit
» Kebaikan GAME
» Perpustakaan Universiti Teknologi Petronas~cantik giler
» Teknologi maklumat dan Komunikasi

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PENGAJIAN AM :: Karangan :: Karangan Bahagian A :: Sektor Pertanian :: Teknologi Pertanian-