Dalam negara kita, sektor pertanian ini telah mula berkembang. Kita sedang menggunakan teknologi dalam memperkembangkan sektor ini. Contoh teknologi pertanian yang digunakan ialah penggunaan hidroponik dalam penanaman sayur-sayuran di Cameron Highlands, penggunaan jentera dan mesin dalam pemprosesan hasil pertanian. selain itu penggunaan teknik fertigasi iaitu penanaman dalam beg PVC digunakan dalam penanaman buah-buahan musim sejuk dan sederhana.