PENGAJIAN AM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
PENGAJIAN AM

Interaction between form 6 students and teachers in Malaysia..from munnimbsskl
 
HomeHome  PortalPortal  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log in  

 

 Langkah-langkah mencegah rasuah

Go down 
2 posters
AuthorMessage
coco

coco


Posts : 12
Join date : 10/02/2010
Age : 32
Location : KL

Langkah-langkah mencegah rasuah Empty
PostSubject: Langkah-langkah mencegah rasuah   Langkah-langkah mencegah rasuah EmptyWed Feb 10, 2010 9:47 pm

Antara Langkah Mencegah Rasuah Adalah Seperti Berikut :


• Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri

Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.


• Memasukkan Bahaya Rasuah Dalam Sistem Pendidikan


Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

• Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman

Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

• Memudahkan Urusan Menggunakan ICT

Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.
Back to top Go down
http://wretch.cc/blog/cocokck6312
nicky1224




Posts : 15
Join date : 10/02/2010
Age : 32
Location : k.Lumpur

Langkah-langkah mencegah rasuah Empty
PostSubject: politik wang   Langkah-langkah mencegah rasuah EmptyWed Feb 10, 2010 9:48 pm

Politik wang ialah istilah rasuah bagi perlakuan mengunakan wang ringgit dalam pertandingan atau dalam mempengaruhi seseorang ahli atau perwakilan bagi meraih sokongan terhadap seseorang calon yang bertanding merebut jawatan yang dipertandingkan.
Back to top Go down
 
Langkah-langkah mencegah rasuah
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Jenayah Siber
» Langkah-langkah Mengatasi Pengurangan Makanan Laut
» Langkah-langkah memajukan penyelidikan&pembangunan pertanian.
» Langkah-langkah Mengatasi Pembunuhan
» Langkah-Langkah Makanan Organik

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PENGAJIAN AM :: Karangan :: Karangan Bahagian A :: Jenayah Sosial :: Rasuah-
Jump to: