PENGAJIAN AM

Interaction between form 6 students and teachers in Malaysia..from munnimbsskl
 
HomeHome  PortalPortal  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  
Share | 
 

 Sumbangan R&D dalam sektor pertanian

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
haocherng



Posts: 1
Join date: 18/06/2010

PostSubject: Sumbangan R&D dalam sektor pertanian   Fri Jun 18, 2010 6:07 am

1. Memudahkan pekerjaan dalam sektor pertanian
  • Dengan kaedah-kaedah moden seperti pengekstraktan kelapa sawit menggunakan kaedah bioteknologi, kepakaran dalam teknologi pembenihan dan ternakan udang galah

  • Penyelidikan dalam segi pengangkutan juga mempercepat pemasaran hasil pertanian secara berkesan


2. Menaikkan produktiviti pertanian
  • Penyelidikan dan pembangunan dari segi memajukan produktiviti hasil pertanian seperti kelapa sawit, petroleum telah memasukkan infrastruktur yang moden untuk memperbanyak hasil mahupun memodenkan industri tersebut

  • Pembangunan bidang genetik (genetical engineering) membantu industri pertanian menghasilkan hasil tanaman yang lebih banyak dengan menyelidik pengabungan genetik yang baru dan lebih efektif dalam meningkatkan produktiviti tanaman

  • Penyelidikan dari segi sistem pengairan yang moden telah membolehkan penanaman padi dua atau tiga kali setahun dan dipercayai akan meningkat lagi pada masa hadapan

  • Penggunaan jentera seperti jentolak, jentuai dan traktor juga membantu meningkatkan daya pengeluaran hasil tanaman


3. Memperketat kawalan perosak tanaman
  • Penggunaan baja kimia dan racun serangga telah meningkatkan lagi produktiviti hasil pertanian

  • Penemuan baru bahan pestisid yang lebih berkesan untuk melawan serangga perosak dan lain-lain


4. Memperbaiki biodiversiti dan ekosistem
  • Penanaman semula dengan kaedah pembernihan yang canggih juga tidak menjejaskan keseimbangan ekosistem

  • Penggunaan kaedah mekanikal yang mesra alam membantu memelihara alam sekitar dan menjamin kualiti ekosistem

  • Contohnya penanaman pokok Kiri di kawasan Nevada membantu menyerapi lebih gas karbon dioksida yang dapat secara relatif memperbanyak kandungan oksigen sekitar atmosfera


5. Meningkatkan kualiti tanaman
  • Penggunaan bernih yang bermutu tinggi, racun serangga dan baja urea atau organik melalui penyelidikan pertanian meningkatkan lagi kualiti hasil pertanian

  • Penyelidikan untuk memajukan saliran yang bersesuaian bagi beberapa tanaman yang tertentu seperti penanaman padi sawah di kawasan paya yang bersaliran buruk meningkatkan kualiti padi


6. Menjimatkan kos pertanian
  • Adanya agensi-agensi kerajaan seperti FELDA, FAMA, RISDA yang ditubuhkan untuk membantu petani dalam penggunaan peralatan moden, cara penanaman moden serta mengatasi masalah pertanian, dan hal ini berjaya memujuk pihak kerajaan untuk menawarkan pelbagai skim dan bantuan modal serta pelaburan yang amat berkesan menjimatkan kos industri pertanian

  • Penciptaan dan penggunaan teknologi moden menjimatkan kos buruh yang secara efektif membantu pihak perindustrian pertanian mengurangkan kos, secara tidak langsung juga mengurangkan kos pembelian di pasaran tempatan
Back to top Go down
View user profile
 

Sumbangan R&D dalam sektor pertanian

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

 Similar topics

-
» gambar menunjukkan aurat dalam surau/masjid
» [b]MALAYSIA KEKAL SEBAGAI RAKAN DAGANG UTAMA CHINA DALAM KALANGAN NEGARA ASEAN

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PENGAJIAN AM ::  ::  ::  :: -